Click here for Myspace Layouts

Friday, August 12, 2011

Mintak lah maaf sesama kita


  1. Dalam hidup ini, setiap orang kadang-kadang secara tidak sengaja melakukan sesuatu kesilapan atau kesalahan.
  2. Hal ini mungkin pernah dialami oleh adik-adik sendiri.
  3. Sesetengah kesilapan atau kesalahan itu berupa perbuatan kita terhadap orang lain.
  4. Apakah yang harus adik-adik lakukan, jika hal sedemikiaan berlaku?
  5. Tindakan yang wajar dilakukan ialah memohon maaf.
  6. Adik-adik haruslah memohon maaf pada seseorang itu atas kesilapan atau kesalahan yang dilakukan.
  7. Adik-adik tidak seharusnya berasa takut untuk memohon maaf.
  8. Jikalau kita sanggup memohon maaf, berani berterus terang, dan insaf akan kesilapan yang telah dilakukan, seseorang itu tentu akan mudah pula memaafkan kita.
  9. Oleh yang demikian, jika adik-adik melakukan sesuatu kesilapan atau kesalahan pada rakan, bersegeralah memohon maaf pada rakan adik-adik itu.
  10. Selepas itu, janganlah kesilapan atau kesalahan yang sama itu diulangi lagi!

No comments:

Post a Comment