Satu cawan beras.
Satu ekor ikan kembung (dibakar) dan diambil isinya sahaja.
Dua ulas bawang merah (dibakar) dan kemudian kupas kulitnya.
Dua ulas bawang putih (dibakar) dan kemudian dikupas kulitnya.
Lima biji lada hitam.
Satu cawan santan.
Sayuran (pucuk niding, daun kadok, daun kesom, dan daun cekur manis).
Sedikit garam.
Cara Membuat:
- Beras direbus menjadi bubur.
- Kemudian tumbuk bawang bersama lada hitam dan isi ikan.
- Masukkan bahan yang telah ditumbuk itu ke dalam bubur. Gaul sehingga sebati.
- Selepas itu masukkan santan. Dibiarkan mendidih selama 5 minit.
- Kemudian dimasukkan sayuran yang telah dipotong. Biarkan selama 5 minit.
- Masukkan garam secukup rasa.

No comments:
Post a Comment